Kontijen Taman Tun Perak dengan hadiah yang dimenangi dalam Karnival Rakyat 2010
Adik Muhammad Zulfaqar (anak Setiausaha KRT) (kiri sekali) sabar menunggu pembahagian baju yang ditempah khas dalam karnival ini. Encik Ismail Mansor (No 2 dari kiri) merupakan Ketua Kontijen Taman Tun Perak
Encik Mohd Zaki bin Ismail (No 2 dari kiri) merupakan Ketua Tarik Tali Taman Tun Perak.
Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Wanita sabar menanti acara yang akan bermula
Biru berkumpul untuk pembarisan
Adik Muhammad Luqman (anak Setiausaha KRT) bergambar di sebelah banner Karnival Rakyat 2010. Taman Tun Perak (biru), PKNS Batu 17 (hijau), Taman Bersatu (merah), Taman Jati (kuning) dan Taman Muhibbah (oren).
“ bila upacara perasmian nak habis ni...” luahan Tunas Jiran yang tidak sabar menunggu
ish gelap laks gambar ni...
Rebut jangan tak rebut... tabur gula-gula sebagai gimik perasmian Karnival Rakyat 2010.
“yah…yah… yah…” hebat betul adik-adik dari kelas seni mempertahankan diri ini membuat demostrasi ala Jackie Chan
Biru, merah, hijau, kuning dan oren mengambil tempat untuk upacara perasmian.
“jangan sentuh... mama nak hias kasi lawa-lawa...” mungkin itu yang dikatakan oleh Jiran Wanita Taman Tun Perak, Puan Fatimah (No 3 dari kanan).
“mari rasa kak...” Puan Faridah (tengah berbaju biru) menjemput Juri Khas Mount Kiara Resort merasa masakan ikan patin (kiri sekali).
Ini dia Patin Masak Tempoyak dari Puan Faridah dan Lala Masak Lemak dari Puan Fatimah wakil Taman Tun Perak
Patutlah Taman Tun Perak dapat No 3, taman lain siap ada alas meja, nasi, air dan bunga. Johan dari Taman Muhibbah dengan Daging Masak Quzzy.
Dari seusia 7 tahun adik-adik boleh belajar mendisplinkan serta melengkapkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang bermanafaat.
Satu temasya sukan yang dikenali sebagai Karnival Rakyat 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April lepas. Karnival ini yang diadakan di hadapan tasik Taman Bersatu, Rawang telah menarik ramai penyertaan. Anggaran kehadiran para peserta dan pengunjung melebihi 500 orang.
Sebanyak 5 buah taman telah bergabung bagi melaksanakan karnival ini iaitu Taman Bersatu, Taman Tun Perak, Taman Jati, Taman Muhibbah dan Taman PKNS Batu 17. Setiap taman telah menghantar sekurang-kurangnya 70 peserta bagi 16 acara yang dipertandingkan. KRT Taman Tun Perak telah diberi mandat untuk menghantar satu kontijen (67 orang) dalam karnival ini.
Berikut merupakan keputusan pertandingan yang dimenangi oleh Kontijen Taman Tun Perak;
Congkak Remaja Perempuan Tempat Ke-2
Congkak Kanak-Kanak Perempuan Tempat Ke-2
Kukur dan Kupas Kelapa Johan
Lari dalam Guni Kanak-Kanak Lelaki Tempat Ke-2
Jalan Tempurung Kanak-Kanak Lelaki Tempat Ke-2
Sepakraga Bulatan Remaja Johan
Sepakraga Bulatan Dewasa Tempat Ke-2
Gubahan Gula-Gula Tempat Ke-2
Masakan Jenis Lauk Ala Kampung Tempat Ke-3
Tarik Tali Dewasa Johan
Adalah menjadi satu kebanggan kepada Kontijen Taman Tun Perak apabila memenangi acara kemuncak Karnival Rakyat 2010 iaitu pertandingan Tarik Tali Dewasa. Tentangan hebat terutama dari Taman Muhibbah tidak mematahkan semangat mereka untuk dijulang sebagai Juara Tarik Tali. Kontijen Taman Tun Perak telah mendapat tempat Ke-2 dalam keseluruhan acara yang dipertandingkan.
Kami memohon maaf kerana gambar-gambar lain tidak dapat disertakan kerana kamera Setiausaha KRT mengalami kerosakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan