22 April 2010

Karnival Rakyat 2010

Kontijen Taman Tun Perak dengan hadiah yang dimenangi dalam Karnival Rakyat 2010


Adik Muhammad Zulfaqar (anak Setiausaha KRT) (kiri sekali) sabar menunggu pembahagian baju yang ditempah khas dalam karnival ini. Encik Ismail Mansor (No 2 dari kiri) merupakan Ketua Kontijen Taman Tun Perak

Encik Mohd Zaki bin Ismail (No 2 dari kiri) merupakan Ketua Tarik Tali Taman Tun Perak.


Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Wanita sabar menanti acara yang akan bermula

Biru berkumpul untuk pembarisan



Adik Muhammad Luqman (anak Setiausaha KRT) bergambar di sebelah banner Karnival Rakyat 2010. Taman Tun Perak (biru), PKNS Batu 17 (hijau), Taman Bersatu (merah), Taman Jati (kuning) dan Taman Muhibbah (oren).

“ bila upacara perasmian nak habis ni...” luahan Tunas Jiran yang tidak sabar menunggu

ish gelap laks gambar ni...

Rebut jangan tak rebut... tabur gula-gula sebagai gimik perasmian Karnival Rakyat 2010.


“yah…yah… yah…” hebat betul adik-adik dari kelas seni mempertahankan diri ini membuat demostrasi ala Jackie Chan


Biru, merah, hijau, kuning dan oren mengambil tempat untuk upacara perasmian.

“jangan sentuh... mama nak hias kasi lawa-lawa...” mungkin itu yang dikatakan oleh Jiran Wanita Taman Tun Perak, Puan Fatimah (No 3 dari kanan).


“mari rasa kak...” Puan Faridah (tengah berbaju biru) menjemput Juri Khas Mount Kiara Resort merasa masakan ikan patin (kiri sekali).


Ini dia Patin Masak Tempoyak dari Puan Faridah dan Lala Masak Lemak dari Puan Fatimah wakil Taman Tun Perak


Patutlah Taman Tun Perak dapat No 3, taman lain siap ada alas meja, nasi, air dan bunga. Johan dari Taman Muhibbah dengan Daging Masak Quzzy.



Dari seusia 7 tahun adik-adik boleh belajar mendisplinkan serta melengkapkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang bermanafaat.



Satu temasya sukan yang dikenali sebagai Karnival Rakyat 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 April lepas. Karnival ini yang diadakan di hadapan tasik Taman Bersatu, Rawang telah menarik ramai penyertaan. Anggaran kehadiran para peserta dan pengunjung melebihi 500 orang.


Sebanyak 5 buah taman telah bergabung bagi melaksanakan karnival ini iaitu Taman Bersatu, Taman Tun Perak, Taman Jati, Taman Muhibbah dan Taman PKNS Batu 17. Setiap taman telah menghantar sekurang-kurangnya 70 peserta bagi 16 acara yang dipertandingkan. KRT Taman Tun Perak telah diberi mandat untuk menghantar satu kontijen (67 orang) dalam karnival ini.


Berikut merupakan keputusan pertandingan yang dimenangi oleh Kontijen Taman Tun Perak;


     Congkak Remaja Perempuan                      Tempat Ke-2

     Congkak Kanak-Kanak Perempuan               Tempat Ke-2

     Kukur dan Kupas Kelapa                                   Johan

     Lari dalam Guni Kanak-Kanak Lelaki             Tempat Ke-2

     Jalan Tempurung Kanak-Kanak Lelaki           Tempat Ke-2

     Sepakraga Bulatan Remaja                               Johan

     Sepakraga Bulatan Dewasa                          Tempat Ke-2    

     Gubahan Gula-Gula                                    Tempat Ke-2

     Masakan Jenis Lauk Ala Kampung                  Tempat Ke-3

     Tarik Tali Dewasa                                           Johan

Adalah menjadi satu kebanggan kepada Kontijen Taman Tun Perak apabila memenangi acara kemuncak Karnival Rakyat 2010 iaitu pertandingan Tarik Tali Dewasa. Tentangan hebat terutama dari Taman Muhibbah tidak mematahkan semangat mereka untuk dijulang sebagai Juara Tarik Tali. Kontijen Taman Tun Perak telah mendapat tempat Ke-2 dalam keseluruhan acara yang dipertandingkan.


Kami memohon maaf kerana gambar-gambar lain tidak dapat disertakan kerana kamera Setiausaha KRT mengalami kerosakan.

08 April 2010

BANJIR KILAT DI TAMAN TUN PERAK














Satu kejadian banjir kilat telah melanda Fasa 4 Taman Tun Perak pada petang Isnin 29 Mac 2010.  Hujan yang turun dengan lebat pada jam 3.00 petang telah menyebabkan kawasan rendah terutama di Jalan Tun Perak 17 ditenggalami air sedalam kira-kira 2 kaki. Sebanyak 8 buah rumah dimasuki air dan 2 buah kereta mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

 

            KRT Taman Tun Perak dengan kerjasama Sukarelawan Bomba telah membantu mangsa banjir membersihkan kawasan kediaman mereka setelah air surut kira-kira jam 6.00 petang. Terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan membersihkan kawasan yang dilanda banjir.

05 April 2010

Karnival Sukaneka 2010

Kusyuk bebudak susun blok kiub...

hah... cam komplot aje dapat cabutan bertuah hehehe

Jawatankuasa Karnival Sukaneka 2010

oittt... jangan intai-intai tau


Satu karnival sukaneka telah berjaya diadakan di Taman Tun Perak pada hari Ahad 14 Mac 2010. Sukaneka ini merupakan sukaneka kali ke 2 diadakan di taman ini. Pelbagai acara menarik telah diadakan melibatkan hampir keseluruhan golongan tidak kira kecil besar tua mahupun muda dari pelbagai kaum.

 

KRT Taman Tun Perak tidak terlibat secara langsung dalam karnival sukaneka ini memandangkan pada permulaan penyusunan jawatankuasa penyelaras, KRT masih dalam proses untuk diluluskan. Namun begitu tenaga dan kepakaran Ahli Jawatankuasa KRT tetap disumbangkan demi mengeratkan perpaduan serta kesejahteraan bersama.