Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul 1431H kepada kaum Muslimin dimana jua anda berada. Alhamdulillah kami dapat hantar wakil untuk Perarakan Maulidul Rasul di Rawang. Ada dalam 5 km berjalan dari Masjid Al-Ehsaniah Kampung Melayu Batu 14 melalui bandar Rawang dan kemudian ke Masjid Nurul Iman Batu 16 Rawang. Orang kata berpeluh jugak lah nak sampai.
Program Separuh Penggal Tahun 2010 sudah di rangka dan dibentang pada mesyuarat 12 Feb lalu. Antaranya ialah; Berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Tun Perak untuk mengadakan Karnival Sukaneka Taman Tun Perak pada 14 Mac 2010. Dan pada 18 April pula bersama JKP Rawang untuk Karnival Rakyat 2010 di Taman Bersatu, Rawang. Pada Mei pula akan diadakan Hari Kesihatan untuk penduduk taman dan pada Jun pula akan diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Frim untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda.
Banyak lagi program sebenarnya yang akan diadakan namun kesempatan untuk memfokaskan diri saya ini agar kurang. Kami masih baru dan banyak lagi harus kami belajar untuk menjadi antara KRT terbaik di Malaysia. Insyallah
Cukup setakat ini dahulu, baru nak belajar hantar laporan ke JPNIN Gombak... masih baru belajar katakan.
Wasalam...
Setiausaha KRT
Taman Tun Perak
p.s: gambar sat ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan