30 Mac 2010

Denggi Berdarah Menyerang Tun Perak

 Encik Ismail bin Mansor sedang memberi ucapan alu-aluan kepada mereka yang hadir dalam gotong royong ini.

 

 Dr. Razif sedang memberikan penerangan berkenaan dengan nyamuk aedes dan penyakit denggi kepada penduduk 


 Encik Abu Baker selaku pengerusi KRT Taman Tun Perak sedang menunggu taklimat dari MPS

 

 Encik Ismail bin Mansor sedang membersihkan kawasan longkang

 

 Penduduk sedang membersihkan kawasan

 

 Encik Abu Baker tidak ketinggalan mengutip segala sampah sarap untuk dibuang

 

 Encik Idris bin Yaman bersama Ahli Majlis Zon 19 Encik Sabri semasa gotong royong

 

 Kaum wanita juga tidak ketinggalan turun padang



   Dr. Razif tersenyum apabila gambar beliau diambil
 
 Sarang nyamuk membiak dimusnahkan
 

 Celah-celah pun ada air bertakung, cuci bang jangan tak cuci
 
 Naib Pengerusi KRT Encik Abd Karim bin Ismail bersama penduduk taman sedang membersihkan kawasan

GOTONG ROYONG MEMBASMI NYAMUK AEDES

6 MAC 2010 (SABTU)

 

            Satu gotong-royong secara mengejut telah diadakan di kawasan flat Taman Tun Perak pada hari Sabtu 6 Mac 2010 berikutan terdapat satu kes kematian akibat demam denggi berdarah. Sebenarnya terdapat kira-kira 10 kes denggi telah berlaku di Taman Tun Perak ini sejak setahun lalu tetapi inilah merupakan kes pertama melibatkan kematian.

 

            Gotong-royong ini telah diketuai sendiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Selayang, Yang Berbahagia Dr. Razif bin Zainol Abidin bersama 32 anggota. Beliau telah dibantu oleh Ahli Majlis Zon 19 Encik Sabri bin Taib. Bagi Taman Tun Perak pula, Encik Abu Baker bin Ismail selaku Pengerusi KRT berjaya mengumpul hampir semua AJK KRT dalam masa yang singkat untuk membantu penduduk taman membersihkan kawasan sekeliling.

 

            Gotong-royong ini berjaya menyedarkan penduduk betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan sekeliling dari menjadi tempat pembiakan nyamuk. Terima kasih kepada semua yang sudi turun membantu kami.

05 Mac 2010

Perarakan Maulidur Rasul 1431H

Ditengah-tengah bandar Rawang, boleh tahan ramai orang yang berarak

AJK KRT Taman Tun Perak Encik Zakaria Abd Rahman (berbaju biru) bersama AJK Jiran Emas Encik Shamsuddin Said memegang sepanduk Maulidur Rasul berarak dengan penuh semangat

Kelihatan pihak Polis mengawal lalulintas, terima kasih. Kontijen Taman Tun Perak amat bersemangat berjalan

Suasana redup mengurangkan kepanasan badan ketika berjalan di tepi jalan utama Rawang

Terasa bangga jugak dapat berjalan dengan bebas di jalan raya yang biasanya sibuk


Anak Setiausaha, Muhammad Zulfaqar bersama dengan Encik Shamsuddin Said (AJK Jiran Usia Emas)

 

Sudah ramai berkumpul di Masjid Ehsaniah Batu 14 Rawang untuk berarak

Bas membawa peserta Perarakan Maulidur Rasul 1431H sedang menurunkan penumpang

Berkumpul di Masjid Nurul Iman Batu 16 Rawang untuk menaiki bas ke Masjid Ehsaniah Batu 16 Rawang

Pengerusi KRT-Taman Tun Perak Encik Abu Baker bin Ismail (kiri sekali berbaju merah) bersama Pengerusi Surau Al-Radhiyah (membelakangi kamera berbaju hijau)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Inilah gambar-gambar Perarakan Maulidur Rasul 1431H di Rawang yang dianjurkan oleh Masjid Nurul Iman dan Masjid Ehsaniah. KRT Taman Tun Perak dengan kerjasama Surau Al-Radhiyah Taman Tun Perak Telah menghantar wakil ke perarakan tersebut yang diadakan pada 27 Feb 2010. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi, Penolong Pengerusi serta AJK KRT Taman Tun Perak kerana sudi melapangkan masa menyertai perarakan ini.

Perjalanan yang memakan masa hampir sejam dan sejauh hampir 5 km ini turut disertai oleh kira-kira 500 peserta.

Tahniah untuk semua


wasalam

Setiausaha KRT Taman Tun Perak

p.s : tukang ambil gambar... gambar sendiri pun tarak hehehe


04 Mac 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidul Rasul 1431H kepada kaum Muslimin dimana jua anda berada. Alhamdulillah kami dapat hantar wakil untuk Perarakan Maulidul Rasul di Rawang. Ada dalam 5 km berjalan dari Masjid Al-Ehsaniah Kampung Melayu Batu 14 melalui bandar Rawang dan kemudian ke Masjid Nurul Iman Batu 16 Rawang. Orang kata berpeluh jugak lah nak sampai.

Program Separuh Penggal Tahun 2010 sudah di rangka dan dibentang pada mesyuarat 12 Feb lalu. Antaranya ialah; Berkerjasama dengan Persatuan Penduduk Taman Tun Perak untuk mengadakan Karnival Sukaneka Taman Tun Perak pada 14 Mac 2010. Dan pada 18 April pula bersama JKP Rawang untuk Karnival Rakyat 2010 di Taman Bersatu, Rawang. Pada Mei pula akan diadakan Hari Kesihatan untuk penduduk taman dan pada Jun pula akan diadakan Lawatan Sambil Belajar ke Frim untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda.

Banyak lagi program sebenarnya yang akan diadakan namun kesempatan untuk memfokaskan diri saya ini agar kurang. Kami masih baru dan banyak lagi harus kami belajar untuk menjadi antara KRT terbaik di Malaysia. Insyallah

Cukup setakat ini dahulu, baru nak belajar hantar laporan ke JPNIN Gombak... masih baru belajar katakan.

Wasalam...

Setiausaha KRT
Taman Tun Perak

p.s: gambar sat ye...